Selangor catat kes buang bayi tertinggi

KUALA LUMPUR, 18 Safar 1439H, Selasa – Selangor mencatatkan bilangan tertinggi kes pembuangan bayi dalam tempoh dua tahun berturut-turut antara 2016 hingga Jun tahun ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun berkata, setakat Jun tahun ini negeri itu mencatatkan 16 kes pembuangan bayi dan 23 kes pada tahun lepas.

Menurutnya, jumlah itu diikuti dengan Johor sebanyak 19 kes, Wilayah Persekutuan iaitu 16 kes, Sabah dan Kuala Lumpur masing-masing tujuh kes.

“Manakala tiada kes dilaporkan di Kelantan, Terengganu dan Sarawak bagi tahun 2017 sehingga bulan Jun,” katanya menjawab soalan Datuk Rozman Isli (BN-Labuan) di Dewan Rakyat, hari ini.

Rozman meminta kementerian itu menyatakan statistik terkini kes pembuangan bayi yang direkodkan mengikut negeri-negeri dan apakah langkah jangka panjang kementerian dalam memupuk kesedaran terhadap kesihatan reproduktif serta kesan negatif kehamilan dan kelahiran anak luar nikah yang semakin menjadi isu sosial dan membimbangkan.

Azizah berkata, melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan perancangan jangka pendek serta panjang dilaksanakan.

Katanya, ia bagi meningkatkan daya tindak dan tahan institusi kekeluargaan khususnya remaja serta ibu bapa dalam memupuk kesedaran terhadap kesihatan reproduktif bagi menangani masalah sosial.

“Antaranya pusat remaja kafe@Teen yang bertujuan meningkatkan akses kepada maklumat serta perkhidmatan kesihatan dan reproduktif dalam kalangan remaja yang berumur 13 hingga 24 tahun.

“Sejak penubuhannya pada 2006 hingga Jun 2017, program outreach kafe@Teen di sekolah-sekolah dan komuniti setempat telah berjaya mendekati seramai 632,512 orang remaja.

“Sebanyak 434,540 remaja telah mengambil bahagian dalam program-program pendidikan dan pembangunan kemahiran. Sebanyak 29,563 remaja telah mendapatkan perkhidmatan kesihatan rawatan reproduktif, manakala 9,097 orang remaja telah mendapatkan perkhidmatan kaunseling sosial,” katanya.

The post Selangor catat kes buang bayi tertinggi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian