‘Semak dahulu latar belakang peniaga sebelum beli atas talian’: PPIM

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 12 Safar 1439H, Rabu – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima lebih lima aduan sehari berkaitan penipuan atas talian dan urus niaga forex sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, aduan berhubung penipuan berkenaan bertambah sejak bulan lalu sehingga ia menjadi kebimbangan terhadap NGO yang memperjuangkan hak pengguna itu.

“Saya kira ianya dasyat, kerana aduan diterima bukan sikit, malah bertambah sejak bulan lepas. Kegiatan penipuan atas talian ini semakin menular, dan membimbangkan.

“Kita lebih banyak menerima aduan berkaitan penipuan online tidak kira membabitkan penjualan barang, maklumat atau sebagainya, berbanding forex. Namun, penipuan urus niaga forex juga bukanlah isu kecil, kerana ia membabitkan kerugian besar oleh mangsa,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Menurutnya, PPIM menerima pelbagai aduan membabitkan kes berkenaan sehinggakan terdapat mangsa yang ditipu lebih RM50,000.

“Ada mangsa yang ditipu dengan peminjam di atas talian. Dia mahu pinjam RM50,000 tetapi sebaliknya ditipu pula RM52,000.

“Penipu ini menggunakan pelbagai kaedah untuk meyakinkan mangsa,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, PPIM mengambil langkah menubuhkan Unit Pencegahan Penipuan (UPP), bagi memantau setiap aduan yang diterima berhubung kes berkaitan.

“Kita akan semak dengan agensi atau ‘market place’ sama ada ianya penipuan atau tidak, atau pun membawa kepada unsur-unsur penipuan.

“Kita akan siasat dan korek maklumat untuk bantu mangsa serta masyarakat,” katanya.

Justeru, beliau mengingatkan pengguna supaya lebih berhati-hati dengan sebarang tawaran di atas talian, termasuk menyemak kesahihan sebelum membuat urus niaga pembelian.

“PPIM berulang kali mengingatkan perkara sama, dan kita juga akan sentiasa membantu menambahkan pendidikan kepenggunaan dalam masyarakat,” katanya.

The post ‘Semak dahulu latar belakang peniaga sebelum beli atas talian’: PPIM appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian