Seminar Belajar Power dapat sambutan hangat pelajar SMK Kota Samarahan

 

KOTA SAMARAHAN, 10 Nov – Program Belajar Power anjuran Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) Samarahan baru-baru ini telah mendapat sambutan hangat daripada pelajar SMK Kota Samarahan.

Program Belajar Power merupakan sebuah program motivasi belajar khas untuk pelajar sekolah menengah yang akan menghadapi peperiksaan. Antara pengisian program ini termasuklah ceramah motivasi paradigma, tips belajar berkesan dan sesi mentor-mentee bersama fasilitator yang terdiri daripada aktivis PEMBINA UNIMAS.

Menurut pengarah program, Saudara Muhammad Abdul Rahman bin Hussein, program yang diadakan secara tahunan ini dianjurkan bersama-sama mahasiswa daripada universiti untuk memberikan semangat dan sentuhan aspirasi sebenar daripada pelajar yang dahulunya pernah cemerlang semasa di sekolah menengah.

“Kita lihat, pelajar sangat seronok berjumpa dengan abang dan kakak dari universiti, menandakan mereka juga ingin berjaya seperti mereka suatu hari nanti”, ujarnya lanjut.

Program tersebut telah dihadiri pelajar SMK Kota Samarahan seramai 184 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 4. Turut hadir bersama adalah Puan Noorsalehan Noor, Guru Bimbingan dan Kaunseling, SMK Kota Samarahan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian