ismakualaterengganu

Serangan masjid Sinai: Mesir tidak berhasrat buka Sempadan Rafah

RAFAH, 10 Rabiulawal 1439H, Rabu – Selepas serangan yang berlaku ke atas jemaah di Masjid Rawdah di wilayah Sinai baru-baru ini, Mesir me...

RAFAH, 10 Rabiulawal 1439H, Rabu – Selepas serangan yang berlaku ke atas jemaah di Masjid Rawdah di wilayah Sinai baru-baru ini, Mesir memutuskan untuk tidak membuka Sempadan Rafah buat sementara waktu.

Dalam insiden itu, dilaporkan lebih 300 orang termasuk 27 kanak-kanak terbunuh dalam serangan yang dipercayai dilakukakan kumpulan militan Daesh.

Pihak berkuasa Mesir dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menutup Sempadan Rafah buat masa ini sehinggalah notis terbaharu dikeluarkan.

Sebelum ini, pintu Sempadan Rafah dibuka selama tiga hari bermula 18 sehingga 20 November.

Justeru, cadangan untuk membukanya semula pada hujung November ditangguhkan buat sementara waktu.

Rafah adalah satu-satunya pintu masuk yang tinggal untuk rakyat Palestin di Gaza ke dunia luar, selepas Israel mengenakan sekatan di Semenanjung Gaza, yang turut dikuatkuasakan Mesir sejak sedekad lalu.

Mesir ketika ini belum bersedia untuk membuka Rafah secara teratur, meskipun pasukan keselamatan Pihak Berkuasa Palestin mengawal persimpangan itu.- Agensi

The post Serangan masjid Sinai: Mesir tidak berhasrat buka Sempadan Rafah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 1018898100898793266

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item