ismakualaterengganu

Setiap rumah wajib periksa pendawaian elektrik setiap 10 tahun

Gambar blog perkhidmatan elektrik BANGI, 9 Rabiulawal 1439H, Selasa – Semua rumah akan diwajibkan memeriksa pendawaian elektrik setiap ...

Gambar blog perkhidmatan elektrik

BANGI, 9 Rabiulawal 1439H, Selasa – Semua rumah akan diwajibkan memeriksa pendawaian elektrik setiap 10 tahun mulai tahun depan.

Peraturan itu susulan berlaku beberapa insiden yang membabitkan unit kediaman sehingga menyebabkan kemalangan jiwa.

Sejak 2002, 914 kes kebakaran dilaporkan, 50.5 peratus daripadanya membabitkan rumah kediaman, manakala tahun ini  49 kes telah direkodkan. 

Ketua Unit Pembangunan Keselamatan Elektrik Suruhanjaya Tenaga, Iffah Hannah Muluk berkata, peraturan itu akan berkuat kuasa di bawah pindaan kepada Peraturan Elektrik 1994.

“Sebelum ini, kita tidak mempunyai peraturan seumpama itu. Oleh kerana kurangnya kesedaran mengenai keselamatan elektrikal, orang ramai tidak memeriksa pendawaian hinggalah sesuatu berlaku,” katanya seperti dilapor Berita Harian. 

Mengulas perkara sama, Presiden Persatuan Elektrikal dan Elektronik, Chew Shee Fuee berkata, rakyat Malaysia hari ini kurang mempunyai kesedaran mengenai keselamatan elektrik di rumah mereka.

Apa yang membimbangkan katanya, lambakan bahan-bahan elektrik tiruan dan yang tidak mempunyai sijil kelulusan terutama kabel telefon sangat bahaya untuk digunakan. 

Ini kerana beliau berkata, bahan tiruan boleh menyebabkan berlaku kebocoran elektrik yang menyebabkan renjatan dan kebakaran.

The post Setiap rumah wajib periksa pendawaian elektrik setiap 10 tahun appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 1342194637812011159

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item