Siap sedia musim bah mungkin berlanjutan hingga Februari tahun depan

SEBERANG PERAI, 18 Safar 1439H, Selasa – Musim bah yang sedang melanda negeri di Utara Malaysia dijangka berlarutan sehingga Februari tahun depan.

Ini kerana, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid berkata, perubahan Monsun Timur Laut yang mungkin membawa kepada kejadian banjir yang dijangka berlarutan.

Justeru, beliau mengarahkan semua pihak untuk sentiasa bersiap sedia menghadapi rintangan.

Katanya memetik laporan Kosmo, semua data berhubung ramalan perubahan cuaca yang diperoleh daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) akan digunakan sepenuhnya bagi membolehkan semua mangsa dapat dipindahkan lebih awal iaitu seminggu sebelum hujan lebat atau angin kencang berlaku.

“Apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah suatu pengajaran, bukan dengan tujuan untuk menuding jari tetapi jika METMalaysia dapat memberikan hasil unjuran dan ramalan cuaca ini lebih awal maka usaha-usaha pemindahan dapat dilakukan,” katanya.

The post Siap sedia musim bah mungkin berlanjutan hingga Februari tahun depan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian