Sijil UEC berkiblatkan Taiwan, China: Wira Perkasa

KUALA LUMPUR, 30 Safar 1439H, Ahad – Silibus bagi Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang diperjuangkan beberapa pihak, termasuk parti anti-Islam MCA dan Pertubuhan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), tidak ada dalam sistem pendidikan negara.

Malah, Wira Perkasa Malaysia – sayap pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) – turut menyifatkan silibus pendidikan UEC itu tidak mencerminkan semangat nasionalisme Malaysia, sebaliknya lebih berkiblatkan Taiwan dan China.

UEC adalah sistem peperiksaan sekolah persendirian Cina yang sengaja memilih untuk memiashkan diri daripada arus perdana sistem pendidikan negara dengan beroperasi secara swasta dan bermotifkan keuntungan.

Tuntutan mendesak pengiktirafan UEC yang dipromosi Dong Zong ini adalah bagi membuka ruang pelajarnya di kira-kira 60 sekolah persendirian Cina menikmati kelayakan mendaftar sebagai pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Terkenal sebagai golongan pendesak ekstrem yang mendakwa mewakili etnik kedua terbesar negara, Dong Zong sering meminta perkara-perkara yang tidak rasional daripada kerajaan tanpa mengambil kira sensitiviti rakan etnik lain seolah-olah mereka adalah golongan paling ketinggalan dalam segala bidang.

Mengulas mengenai perkara itu, Ketua – Burhanuddin Ruslan mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya tidak mengiktiraf sijil berkenaan.

Katanya, UEC tidak terdapat dalam sistem pendidikan negara, sebaliknya ia digunakan untuk mengiktiraf pelajar sekolah menengah Cina.

“Mereka ini degil dan keras kepala dan tetap tidak mahu berada dalam sistem pendidikan negara. Jadi adakah layak untuk kita memberi pengiktirafan kepada golongan yang degil dan keras kepala ini,” katanya.

Memetik laporan Sinar Harian, Burhanuddin berkata, silibus subjek Sejarah juga hanya menyentuh sedikit sahaja mengenai Sejarah Malaysia, tetapi lebih menumpukan kepada sejarah China.

“Pengiktirafan kepada Sijil UEC juga jelas bertentangan dengan dasar pendidikan kebangsaan yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996 dan Perlembagaan Negara Fasal 152 (1) kerana meminggirkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dan wajib,” katanya.

Katanya, jika pengiktirafan itu diberi, ia pasti menggagalkan usaha kerajaan untuk kerajaan membina negara bangsa dan perpaduan serta mengorbankan dasar kita yang berpaksikan pada Penyata Razak 1956.

“Keseluruhan matlamat, sistem, kualiti penilaian, buku teks dan isi pendidikan tidak diiktiraf disediakan oleh pihaknya sendiri yang tidak mengikut falsafah pendidikan negara,” katanya.

UEC: Malapetaka sebuah aspirasi

The post Sijil UEC berkiblatkan Taiwan, China: Wira Perkasa appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian