SKMM terima 6,725 aduan salah guna media sosial

IPOH, 20 Safar 1439H, Khamis – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima sebanyak 6,725 aduan mengenai penyalahgunaan perkhidmatan komunikasi dan media sosial sepanjang tempoh 10 bulan tahun ini.

Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin berkata, statistik itu menunjukkan peningkatan sebanyak 21% berbanding 4,919 aduan yang diterima SKMM pada tahun lepas.

Katanya aplikasi media sosial yang paling banyak disalahgunakan oleh pengguna Internet di negara ini adalah Facebook iaitu sebanyak 70% diikuti WhatsApp dan Twitter.

“Dalam konteks Perak, SKMM menerima sejumlah 59 aduan sehingga kini berbanding 49 aduan yang diterima sepanjang tahun lepas dan jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak 25%,” katanya.

Zulkarnain berkata demikian pada sidang media selepas Seminar Perundangan Mengenai Penyalahgunaan Media Sosial dan Impak Kepada Negara yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi hari ini.

Zulkarnain berkata, SKMM turut menyekat capaian kepada 2,765 laman sesawang sehingga kini yang mengandungi laman kandungan lucah, laman menjijikkan, laman bersifat mengancam dan laman palsu kerana melanggar Akta Komunikaisi dan Multimedia 1998.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya melakukan sekatan laman sesawang adalah demi kepentingan masyarakat di negara ini dan memelihara serta melindungi maruah mereka secara keseluruhannya.

Zulkarnain berkata, pihaknya menjangkakan penyalahgunaan perkhidmatan komunikasi dan media sosial akan meningkat menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang bakal diadakan pada bila-bila masa.

“Ini kerana trend peningkatan penyalahgunaan perkhidmatan komunikasi dan media sosial berlaku semasa PRU 2008 dan 2013,” katanya.

Mengenai seminar berkenaan, Zulkarnain berkata Perak merupakan negeri pertama menjadi tuan rumah program itu yang dianjurkan secara bersama antara SKMM dan kerajaan negeri.

Beliau berkata, seminar sehari itu bertujuan memberi kesedaran dan mendidik masyarakat khususnya penjawat awam terhadap kepentingan penggunaan media sosial secara berhemah selain memberi pemahaman mengenai perundangan Internet di negara ini. – Bernama

The post SKMM terima 6,725 aduan salah guna media sosial appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian