SPAD kenalpasti 13 kesalahan undang-undang

JOHOR BAHRU, 1 Rabiulawal 1439H, Isnin – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengesan 13 kes pelanggaran undang-undang dalam operasi bersepadu melibatkan kenderaan seperti bas dan lori di Tol Skudai Arah Selatan hari ini.

Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Mejar Jeneral (B) Datuk Che Hasni Che Ahmad, berkata daripada jumlah kenderaan yang diperiksa itu, sebanyak tiga kes melibatkan lori manakala 10 kes lagi membabitkan bas dan kereta bagi pelbagai kesalahan yang dikenalpasti.

“Sebanyak 10 saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan termasuk kenderaan lebih muatan, membawa muatan tidak dibenarkan dan gagal menunjukkan lesen, ” kata beliau kepada pemberita selepas operasi itu di sini.

Menurut Che Hasni, operasi tersebut melibatkan 33 anggota Polis Diraja Malaysia dan pegawai Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Katanya, operasi seperti itu dilakukan dari semasa ke semasa dan lokasi yang dipilih adalah secara rambang seluruh Semenanjung Malaysia.

“Mereka yang melanggar undang-undang jalan raya bukan sahaja merosakkan jalan raya malahan membahayakan keselamatan pengguna lain dan kami akan memastikan mereka bertanggungjawab di atas kesalahan yang telah dilakukan,” kata beliau.

Sementara itu, Che Hasni berkata, menerusi rakaman kamera litar tertutup PLUS, SPAD juga dapat memantau keadaan lalu lintas dan mengesan kelajuan kenderaan berat yang memandu secara berbahaya.

Beliau menyeru orang awam agar memberi kerjasama menghubungi SPAD ataupun syarikat pengendali kenderaan berat berkenaan dengan memberi maklumat terperinci bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Menurutnya, jika sabit kesalahan pesalah akan didakwa di bawah Seksyen 57 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM500,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.- Bernama

 

The post SPAD kenalpasti 13 kesalahan undang-undang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian