SPM bermula hari ini, pelajar di negeri terjejas banjir teruskan peperiksaan

BANGI, 17 Safar 1439H, Isnin – Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula hari ini sehingga 4 Disember depan, meskipun banjir melanda di beberapa negeri.

Lembaga Peperiksaan Malaysia berkata, seramai 443,883 orang calon akan menduduki peperiksaan itu di 3,363 pusat pemeriksaan.

Daripada jumlah itu, seramai 386,331 calon terdiri daripada sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan.

Calon sekolah di bawah agensi kerajaan (8,461), sekolah menengah agama negeri (8,346), sekolah menengah agama rakyat (1,976), sekolah swasta berdaftar (14,883) dan calon persendirian (23,886).

Seramai 35,341 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan.

Untuk negeri Pulau Pinang dab Kedah, SPM tetap diteruskan meskipun kedua-dua negeri terjejas banjir.

Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan berkata, 23,114 calon akan menduduki peperiksaan itu di 159 pusat peperiksaan di Pulau Pinang.

Manakala di Kedah pula katanya, 34, 672 akan menduduki di 261 pusat peperiksaan. 

 

The post SPM bermula hari ini, pelajar di negeri terjejas banjir teruskan peperiksaan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian