Subhanallah.. 12 tahun dikebumi tapi jenazah masih elok

Gambar dari Facebook Amina Jasmine.

BANGI, 29 Safar 1439H, Sabtu – “12 Tahun mak pergi mengadap Illahi….jenazah mak elok..masih dlm keadaan kiam..kain kafan mak tak koyak…bantal dan tali masih ada…susuk bdn mak jelas dipandangan mata kami yg menyaksikan tadi…cukup sifat..dan tak berbau Allahuakhbar….maha suci Allah”.

Demikian luahan Amina Mohamad, 36, menceritakan apa yang berlaku terhadap jenazah ibunya, Junaidah Sabtu, yang meninggal dunia 12 tahun lalu di Tanah Perkuburan Islam Bukit Alif di Johor Bahru, Johor.

Difahamkan, tanah perkuburan itu digali semula dan jenazah dipindahkan ke tanah perkuburan lain mengikut kehendak waris.

Jenazah Junaidah dipindahkan ke tanah perkuburan yang tidak jauh dari situ. Kebetulan pula, sisi kubur suaminya kosong dan jenazah Junaidah ditempatkan bersebelahan dengannya.

Menggunakan nama Amina Jasmine dalam laman Facebooknya, Amina memuat naik beberapa keping gambar jenazah ibunya yang masih dalam keadaan elok pada 13 November lalu.

Setakat berita ini ditulis pagi ini, lebih 17,000 netizen sudah berkongsi dan lebih 36,000 mengikuti kisah dan gambar yang beliau siarkan.

Berikut adalah perkongsian beliau:

The post Subhanallah.. 12 tahun dikebumi tapi jenazah masih elok appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian