Sudah 10 tahun tinggal dalam bangsal uzur

Gambar: Utusan

BANGI, 30 Safar 1439H, Ahad – Tika orang lain hidup selesa, masih ada insan yang hanya berbumbungkan bangsal uzur dan sempit untuk berlindung dari panas dan hujan.

Warga emas berusia 64 tahun, Mohd. Nor Mat Diah berasal dari Kampung Tepuh, Gunong, sudah lebih 10 tahun tinggal di sebuah bangsal di tanah pusaka milik keluarganya.

Dalam keadaan kudrat dan usia yang makin lanjut, sukar untuk Mohd. Nor mencari wang untuk membina rumah sendiri.

Katanya, dia hanya mampu membina bangsal itu dengan lebih tinggi, bagaimanapun keadaan atap zink sudah banyak bocor.

Mohd. Nor yang tidak pernah berkahwin berkata, sebahagian bangsal tidak berdinding akan menyebabkan dia akan basah kuyup setiap kali musim hujan pada penghujung tahun.

“Saya ada dua orang kakak, seorang tinggal di Pasir Pekan, Tumpat dan seorang lagi di Kuala Lumpur. Kakak-kakak saya pun miskin, macam mana saya nak tumpang mereka.

“Tidak ramai yang mengetahui keadaan tempat tinggal saya kerana kedudukannya tersorok di sebalik semak dan pokok terbiar walau pun hanya terletak di tepi jalan utama kampung Gunung- Paul Lima ke Kota Bharu,” katanya seperti dilapor Utusan Online.

Menceritakan kesihatannya ketika ini Mohd. Nor berkata, pergerakannya agak terbatas untuk keluar mencari pekerjaan selepas menghidapi penyakit kulit dan bisul.

Bagi mereka yang ingin membantu, boleh menghubungi jiran Mohd. Nor, Abdul Razak Ismail ditalian 0199274131.

The post Sudah 10 tahun tinggal dalam bangsal uzur appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian