Suu Kyi lawat Rakhine, tak bincang isu Rohingya

BANGKOK, 15 Safar 1439H, Sabtu – Pemimpin de facto Myanmar, Aung San Suu Kyi mengadakan lawatan pertama kali ke Rakhine sejak keganasan dan konflik tercetus di negeri itu pada akhir Ogos lalu.

Dilaporkan, lawatan pendek Suu Kyi itu hanya membabitkan beberapa kawasan terjejas oleh operasi ketenteraan terhadap Rohingya.

Dia dilaporkan melawat ibu kota serantau Sittwe dan beberapa bandar lain ketika lawatan satu hari yang tidak diumumkan itu.

Lawatannya itu turut disertai oleh seorang ahli perniagaan terkemuka Myanmar, yang mencadangkan kerajaan menonjolkan diri sebagai pemimpin dalam menangani krisis di Rakhine.

Menurut BBC, perbincangan kedua pihak itu menyatakan bahawa masalah berkenaan boleh diselesaikan secara baik menerusi pembangunan dan pelaburan, tetapi tidak menumpukan isu sejuta pelarian Rohingya yang kini hidup di sempadan.

Suu Kyi sebelum ini dikritik teruk oleh badan dan masyarakat antarabangsa kerana bersikap diam diri untuk menghentikan tindakan keras rejim Myanmar ke atas etnik minoriti itu.- Agensi

The post Suu Kyi lawat Rakhine, tak bincang isu Rohingya appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian