Tanggungjawab bebaskan Masjid al-Aqsa terletak di bahu setiap umat Islam

 

PUTRAJAYA, 14 Safar 1439H, Jumaat – Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Palestin, Sheikh Dr Ekrima Sa’ed Sabri, hari ini menegaskan tanggungjawab membebaskan masjid suci itu merupakan tanggungjawab semua umat Islam.

“Setiap daripada kita dipertanggungjawabkan untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa, setiap pihak perlu memainkan peranan sama ada di peringkat individu, NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan negara,” katanya yang dipetik daripada Utusan Online.

Beliau berkata, cengkaman rejin Zionis terhadap Bumi Palestin perlu ditentang bukan sahaja oleh rakyat Palestin, malah semua Muslim.

Pada masa, pihaknya turut merakamkan penghargaan terhadap bantuan dan sokongan berterusan daripada kerajaan dan rakyat Malaysia terhadap perjuangan Palestin selama ini.

The post Tanggungjawab bebaskan Masjid al-Aqsa terletak di bahu setiap umat Islam appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian