ismakualaterengganu

Tauliah ceramah untuk elak ajaran menyeleweng

KUALA LUMPUR, 2 Rabiulawal 1439H, Selasa – Syarat tauliah yang dikenakan kepada penceramah dalam dan luar negara adalah untuk mengelakkan...

KUALA LUMPUR, 2 Rabiulawal 1439H, Selasa – Syarat tauliah yang dikenakan kepada penceramah dalam dan luar negara adalah untuk mengelakkan penyebaran fahaman menyeleweng, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata, syarat itu juga adalah bagi memastikan mereka tidak membawa fahaman yang bertentangan dengan prinsip Islam.

“Saya ingin tegaskan bahawa keperluan tauliah untuk mengajar apa-apa aspek agama Islam telah ditetapkan dalam Seksyen 96 Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993,” katanya menjawab soalan Ahli Parlimen DAP, Zairil Khir Johari di Dewan Rakyat, hari ini, yang mempersoal penahanan aktivis liberal, Mustafa Akyol, September lalu.

Asyraf Wajdi berkata, penahanan Akyol dibuat berdasarkan aduan berhubung pembentangannya di Kuala Lumpur dan terbuka untuk orang awam.

“Semakan mendapati Mustafa Akyol tidak mempunyai tauliah dan penganjur atau beliau sendiri tidak membuat permohonan untuk tujuan tersebut.

“Beliau telah diberikan surat Perintah Hadir bagi memberikan keterangan mengikut Seksyen 58 (1) Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560) tetapi gagal mematuhi perintah hadir ke Jawi bagi memberikan keterangan,” katanya.

The post Tauliah ceramah untuk elak ajaran menyeleweng appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 8117183030531802461

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item