Tentera rejim Israel tahan lebih ramai warga Palestin

JENIN, 4 Rabiulawal 1439H, Khamis – Tentera rejim Israel menahan tiga lelaki warga Palestin dari wilayah Jenin, pada petang Rabu.

Menurut sumber tempatan, askar Israel menyerbu kota timur Jenin di Fakou’a dan menahan dua adik-beradik, Mohamed dan Ameer Massad dari rumah keluarga mereka.

Seorang lagi, Iyad Abu Zahra juga ditahan oleh pegawai rondaan Israel di kampung Deir Abu Da’if, timur Jenin.

Sementara itu, enam belas rakyat Palestin, termasuk seorang wanita dari bahagian Tebing Barat yang diduduki, turut ditahan pada waktu Subuh.

Pejabat Palestinian Prisoners’ Society (PPS), di Tebing Barat selatan berkata, tentera Israel telah menahan Maisoon Anis al-Halees, dari bandar Yatta, selatan Hebron, setelah menyerang dan mencari rumahnya, dan membebaskannya kemudian.

Juga di Yatta, tentera menahan Ashraf Nassar, Rasmi Jabr al-Adra, Abdul-Sabour Mohammad Abu Samra, Mousa Younis Abu ‘Arram, Talab Mousa Abu Samra dan Mohammad Mousa Abu Samra. – Agensi

The post Tentera rejim Israel tahan lebih ramai warga Palestin appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian