Tentera siber UMNO mesti pastikan BN menang PRU: Zahid

KUALA LUMPUR, 15 Safar 1439H, Sabtu – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO menggesa tentera siber parti itu lebih proaktif menangkis persepsi negatif terhadap kerajaan dan UMNO.

Katanya, penggiat media sosial UMNO mesti pantas menjawab setiap persepsi buruk yang menjurus kepada pembunuhan karakter pemimpin, daripada menguasai minda rakyat dan sebelum sesuatu isu itu dibawa ke mahkamah.

“Pendapat umum serta menggunakan media bagi mempengaruhi sokongan orang awam lebih berkuasa berbanding mahkamah yang ada perundangan (dan) jika persepsi dan penggunaan media ini tak diatasi, maka kita akan tenggelam.

“Tenggelamnya beberapa tokoh politik dunia, tenggelamnya beberapa parti politik ternama adalah kerana persepsi tidak diurus dengan sebaik-baiknya. Kita kena jawab ketika isu itu timbul bukan ketika ia dibawa ke mahkamah.

“Tuduhan melalui berita palsu yang lambat dijawab menyebabkan persepsi masyarakat ke atas kita rosak sama sekali,” katanya merasmikam Konvensyen Media Sosial UMNO peringkat kebangsaan, hari ini..

Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat kini lebih cenderung mempercayai dan menerima baik berita palsu yang disebarkan.

Oleh itu, katanya, jentera UMNO termasuk tentera sibernya perlu memainkan peranan yang terbaik bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Saya akui, apa yang telah berlaku pada PRU13 dan PRU12 lalu, kita ada banyak kelemahan komunikasi dan barisan. Tuhan dah uji kita beberapa kali, kalau gagal kali ni, kita tinggal sejarah,” katanya.

The post Tentera siber UMNO mesti pastikan BN menang PRU: Zahid appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian