Terengganu paling rendah jumlah daftar pengundi

KUALA TERENGGANU, 14 Safar 1439H, Jumaat – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, Terengganu antara negeri paling rendah jumlah pemilih yang layak mengundi dalam pendaftaran.

Pengarah SPR Terengganu, Nik Andy Suwardy Amry berkata, di negeri tersebut hanya 4.7 peratus daripada 35,996 jumlah pengundi yang layak belum mendaftar.

Beliau yang kesal dengan bilangan itu berkata, sikap tidak mahu mendaftar adalah tidak wajar kerana satu undi itu amat bermakna dan boleh mengubah sesebuah kerajaan.

“Senario pada waktu ini dua undi sahaja boleh menukar sebuah pentadbiran kerajaan. Satu undi juga boleh mengubah kedudukan seseorang wakil rakyat,” katanya yang dipetik daripada Harakahdaily.

Pada masa sama, beliau memaklumkan, statistik warga negara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas sehingga suku kedua 2017 seramai 757,834 orang layak mengundi.

The post Terengganu paling rendah jumlah daftar pengundi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian