ismakualaterengganu

Tiada kompromi pekerja asing cabar anggota PDRM

KUALA LUMPUR, 24 Safar 1439H, Isnin – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan pekerja warga asing yang cuba mencabar k...

KUALA LUMPUR, 24 Safar 1439H, Isnin – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan pekerja warga asing yang cuba mencabar kewibawaan anggotanya ketika menjalankan tugas mencegah jenayah, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius kejadian anggotanya yang diserang kira-kira 30 pekerja kontrak warga China pada malam Sabtu lalu.

“Kita (PDRM) pandang serius perkara ini. Kita tidak akan berkompromi dengan pihak yang cuba halang tugas kita banteras jenayah.

Setakat ini, lapan suspek telah direman untuk siasatan termasuk dua wanita, semua warga China,” katanya kepada pemberita selepas majlis perbarisan sempena Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Menurutnya, polis akan mengambil langkah proaktif untuk terus memantau pekerja asing di Kuala Lumpur untuk mengekang pembabitan mereka dalam aktiviti jenayah seperti judi dan jenayah kekerasan.

Dalam kejadian 10.30 malam Sabtu lalu, sepasukan anggota unit kereta peronda yang sedang melakukan pemeriksaan berhubung kegiatan perjudian di hadapan kediaman pekerja kontrak di Jalan Imbi telah diserang kira-kira 20 hingga 30 pekerja warga China.

Menyedari ancaman itu, anggota polis terbabit terpaksa melepaskan tembakan bagi mengawal keadaan.

Dalam pada itu, Mazlan berkata, persiapan PDRM dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) merupakan antara lapan perkara utama yang ditekankan kepada anggota IPK KL.

“Kita telah nempersiapkan anggota kita untuk menghadapi PRU14 dan ketika ini semua anggota diarah untuk tidak mengambil cuti kecuali melibatkan kes kecemasan seperti kematian anggota keluarga terdekat,” katanya.

Selain itu, katanya, polis juga akan menekankan perkara berkaitan membanteras kes ragut, gengsterisme, ancaman pengganas, dadah, judi haram, Macau-Scam dan samseng jalanan.

“PDRM juga akan bekerjasama lebih rapat dengan beberapa agensi penguat kuasa lain dalam beberapa operasi mencegah jenayah,” katanya.- Bernama

The post Tiada kompromi pekerja asing cabar anggota PDRM appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 3676162493944438244

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item