Tiga militan maut di Bangladesh

DHAKA, 9 Rabiulawal 1439H, Selasa – Tiga mayat militan ditemui, selepas pasukan keselamatan Bangladesh menyerbu tempat persembunyian kumpulan berkenaan pada petang Selasa, di daerah Chapainawabganj di barat laut negara itu, lapor agensi berita Xinhua.

Perkara itu disahkan oleh jurucakap Batalion Tindakan Rapid Elite (RAB), Mufti Mahmud Khan.

“Tiga mayat berkenaan ditemui rentung dalam sebuah bangunan yang menjadi tempat persembunyian mereka,” katanya kepada wartawan.

Mahmud Khan berkata, mangsa disyaki mungkin membunuh diri dalam satu siri letupan yang menggegarkan tempat persembunyian militan itu.

“Setakat ini kami difahamkan militan yang terbunuh merupakan anggota aktif kumpulan Jama’atul Mujahideen Bangladesh,” katanya.

Turut ditemui di lokasi kejadian antaranya tiga peralatan membuat bahan letupan, tujuh peledak dan dua pistol. – Bernama

The post Tiga militan maut di Bangladesh appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian