ismakualaterengganu

Tren kargo tergelincir di Stesen Bank Negara, beberapa laluan tergendala

KUALA LUMPUR, 4 Rabiulawal 1439H, Khamis – Sebuah tren kargo di Stesen Bank Negara tergelincir pagi tadi menyebabkan beberapa laluan terg...

KUALA LUMPUR, 4 Rabiulawal 1439H, Khamis – Sebuah tren kargo di Stesen Bank Negara tergelincir pagi tadi menyebabkan beberapa laluan tergendala.

Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) menerusi akaun Twitternya pada jam 5.18 pagi tadi berkata, berikutan itu, tiada tren dapat melalui stesen KL; Bank Negara; Putra dan Segambut.

Katanya, operasi perkhidmatan komuter ketika ini terhad ke beberapa destinasi saja iaitu Tanjung Malim-Kepong; Pelabuhan Klang-KL Sentral; Tampin/Seremban-KL Sentral dan Batu Caves-Sentul.

Penumpang perkhidmatan tren dinasihat mengambil perkhidmatan alternatif lain iaitu MRT di Sungai Buloh, Kajang, Muzium Negara, Pasar Seni dan LRT Subang Jaya.

Manakala bagi penumpang dari dan ke laluan Batu Caves-KL Sentral-Sentul, perkhidmatan bas disediakan di hadapan stesen Sentul dan KL Sentral.

“Bas menunggu di hadapan stesen Sentul & di KL Sentral di kawasan parkir KLIA Ekspress Departure Hall. Harap maklum,” kata syarikat itu.

The post Tren kargo tergelincir di Stesen Bank Negara, beberapa laluan tergendala appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 1452116797897645651

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item