Trump tak berubah, tetap benci Islam

LONDON, 11 Rabiulawal 1439H, Khamis – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mencetuskan kejutan dan kemarahan di media sosial apablia berkongsi video dimuat naik aktivis Britain yang terkenal dengan retorik anti-Islam, dalam Twitternya.

Trump berkongsi tiga klip video dimuat naik pemimpin First Britain, parti politik berhaluan kanan, Jayda Kaleigh Fransen, yang dikatakan menunjukkan lelaki Islam melakukan vandalisme dan pergaduhan.

Fransen yang pada 2016 lalu didapati bersalah oleh mahkamah Britain kerana mengganggu wanita yang memakai hijab, diharamkan memasuki masjid di United Kingdom (UK).

Bersama-sama beberapa aktivis berhaluan kanan lain, Fransen kerap mengambil bahagian dalam pencerobohan ke atas masjid.

Salah satu twit yang dikongsi Trump menunjukkan remaja lelaki memukul seorang lagi remaja yang bertongkat. Kejadian itu berlaku Mei lalu di Monnickendam, Belanda.

Selepas klip video itu dimuat naik pada Mei lalu, polis menangkap dua remaja Belanda dari Monnickendam dan Edam-Volendam. Bagaimanapun, tidak pernah disahkan bahawa kedua-duanya adalah muslim atau imigran.

“Tetapi sikap tidak disenangi dan tidak bertanggungjawab Trump pagi ini menjelaskan bahawa mereka mesti membenci Islam dan muslim,” Pengarah Eksekutif Majlis Hubungan Amerika-Islam, Nihad Awad.

Majlis Muslim Britain pula menggesa pihak berkuasa UK menjauhkan diri daripada Trump dan komennya.

Kesatuan Kebebasan Awam Amerika pula berkata, Trump prejudis terhadap muslim dan menunjukkan dirinya tidak pernah berubah.

Di Britain, jurucakap Perdana Menteri, Theresa May dalam satu kenyataan berkata, Trump melakukan kesilapan berkongsi klip video itu.

Parti Britain First, mahu memecahkan masyarakat dengan menggunakan kisah kebencian dan pembohongan bagi menimbulkan ketegangan, kata kenyataan yang disiarkan media Britain.

Pemimpin Parti Buruh Britain, Jeremy Corbyn mengutuk perbuatan Trump yang berkongsi klip video itu yang beliau anggap sebagai menjijikkan, berbahaya dan memberi ancaman kepada masyarakat.

“Presiden Amerika Syarikat mempromosikan fasis, rasis dan kebencian. Dia bukan sekutu atau rakan kepada kami. Donald Trump, anda tidak dialu-alukan datang ke negara dan bandar kami,” kata Ahli Parlimen Parti Buruh, David Lammy. – Agensi

The post Trump tak berubah, tetap benci Islam appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian