Turki tahan lebih 100 suspek Daesh

ANKARA, 21 Safar 1439H, Jumaat – Polis Turki telah menahan sejumlah lebih 100 suspek militan kumpulan Daesh di ibu negara Ankara pada awal semalam, lapor agensi berita China Xinhua.

Katanya, operasi antikeganasan yang dilakukan oleh pejabat Pendakwa Raya Ankara dengan kekuatan 1,500 anggota polis itu, turut mengeluarkan waran tangkap terhadap 245 suspek.

Polis dilaporkan telah menjalankan serbuan di 240 alamat berbeza di Ankara dan menyita peralatan digital serta barangan lain yang dimiliki kumpulan Daesh.

Selain itu, polis telah melancarkan operasi anti-Daesh di 25 wilayah di seluruh Turki antara 22 Oktober dan 1 November, menahan 283 militan Daesh serta merampas sejumlah 66 bahan letupan yang telah diubah suai dan beberapa senjata lain.

Turki telah mengalami beberapa serangan maut yang meragut nyawa lebih 300 orang sejak 2015, dan kerajaan menyalahkan kumpulan Daesh sebagai perancangnya.

Menurut Kementerian Keadilan Turki, sekurang-kurangnya 780 orang, termasuk 350 rakyat asing, masih kekal dalam tahanan, sesetengahnya telahpun disabitkan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan Daesh. — BERNAMA

The post Turki tahan lebih 100 suspek Daesh appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian