Tyra Huda: Filipina yakin pengebom rakyat Malaysia antara terbunuh di Marawi

MANILA, 17 Safar 1439H, Isnin – Pihak berkuasa Filipina yakin pengebom rakyat Malaysia, Amin Baco adalah antara militan yang terbunuh dalam pertempuran sengit dalam usaha merebut semula Bandar Marawi daripada Kumpulan Maute, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).

Perkara itu didedahkan oleh jurucakap Angkatan Bersenjata Filipina (AFP), Mejar Jeneral Restituto Padilla dalam satu kenyataan hari ini, yang bertentangan dengan dakwaan dibuat Ketua Pengarah Polis Kebangsaan Filipina (PNP) Ronald dela Rosa bahawa Baco kini adalah emir baharu kumpulan militan Daesh di Asia Tenggara.

“Bertentangan dengan pengumuman baru-baru ini oleh beberapa pegawai bahawa kumpulan militan itu kini diketuai Amin Baco, pihak AFP amat yakin bahawa kumpulan itu kini tiada pemimpin dan tidak mempunyai arah tujuan.

“Amin Baco dipercayai antara mereka yang terbunuh di Marawi baru-baru ini. Pencarian mayat Baco kini dilakukan secara agresif dan berterusan,” katanya.

Padilla turut menafikan bahawa baki pejuang sesat Kumpulan Maute akan mempengaruhi keadaan keselamatan keseluruhan bandar yang dilanda konflik itu.

“Susulan kejayaan operasi pertempuran di Bandar Marawi, AFP lebih agresif menjalankan operasi pembersihan.

“Operasi itu difokuskan kepada kawasan selebihnya di Marawi yang dipercayai menjadi tempat pejuang sesat terbabit untuk terus bertahan dan bersembunyi sebelum meloloskan diri dari kawasan pertempuran utama,” katanya.

Menurutnya, Ketua Staf AFP, Rey Leonardo Guerrero memberi jaminan kepada penduduk Marawi bahawa pihak tentera sedang berusaha untuk mempercepatkan pemulihan semula bandar itu.

Sejumlah 923 pengganas Kumpulan Maute dan sekutunya terbunuh sepanjang kempen lima bulan menentang kumpulan militan itu bermula 23 Mei lalu.

Pada Isnin, Dela Rosa mendakwa Baco kini adalah emir baharu Daesh di Asia Tenggara berikutan kematian Isnilon Hapilon di Bandar Marawi pada 16 Oktober lepas.

Beliau turut mendakwa bahawa kira-kira 39 pejuang sesat Kumpulan Maute masih bersembunyi di Bandar Marawi.

The post Tyra Huda: Filipina yakin pengebom rakyat Malaysia antara terbunuh di Marawi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian