Umat Islam perlu waspada ajaran sesat

TAWAU, 10 Rabiulawal 1439H, Rabu – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Syed Abas Syed Ali mengingatkan umat Islam di negeri ini khususnya di kawasan pantai timur supaya berwaspada dengan ajaran sesat.

Katanya perkara itu disebut dalam persidangan DUN baru-baru ini, bahawa terdapat 16 ajaran atau fahaman telah difatwakan oleh Majlis Fatwa Negeri Sabah sebagai ajaran sesat kerana bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Antaranya Ajaran Qadiani yang dipelopori kumpulan Ahmadiah Qadiani dan ajaran sesat lain termasuk kumpulan Al-Arqam, Syiah, Hizbut Tahrir, Millah, Abraham dan Tarikat Hasaniah.

“Sehubungan itu, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan berkaitan agama Islam di Sabah perlu bersatu dan mempelbagaikan kaedah memberi pemahaman mengenai ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah secara konsisten,” katanya ketika berucap pada majlis penutup Seminar Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah, di sini, hari ini.

Beliau yang juga wakil rakyat Balung di sini berkata ia juga penting bagi menangkis fahaman ajaran sesat mahupun ekstrimis seperti Isis dan Daesh yang cuba memesongkan akidah dan mempengaruhi umat Islam di negeri ini berjuang di landasan salah.

Syed Abas berkata, umat Islam juga perlu bersatu dalam mendepani perjuangan menangkis serangan ajaran sesat yang kini bukan sahaja dilakukan secara konvensional tetapi melalui media baharu termasuk laman sosial yang popular.

“Cabaran umat Islam dalam mendepani ajaran sesat begitu getir kerana mereka (sesat ajaran) kini menggunakan pendekatan melalui kemajuan teknologi maklumat yang semakin pantas berkembang,” katanya lagi.

Beliau berkata, pendekatan dakwah atau penyampaian ilmu dengan mendekati kelompok secara terus termasuk melalui seminar masih releven, namun memerlukan alternatif lain termasuk penggunaan media baharu.

Selain itu, beliau turut menyeru agar penggunaan tulisan jawi dan bahasa Arab diperkasa semula terutamanya dalam kalangan golongan muda agar menjadi modal insan lengkap negara pada masa hadapan. – Bernama

The post Umat Islam perlu waspada ajaran sesat appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian