UPSR: iGuru sokong pendirian kerajaan tak rai pelajar cemerlang sahaja

oleh Che Siti Rekembang Hasbi

BANGI, 5 Rabiulawal 1439H, Jumaat – Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (iGuru) menyokong pendirian kerajaan untuk tidak mengumumkan atau meraikan keputusan pelajar cemerlang semua A dan sekolah terbaik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), semalam.

Presiden iGuru, Mohd Azizee Hasan berkata, sekolah sepatutnya meraikan semua pelajar mereka tanpa memilih kasih kepada yang cemerlang sahaja.

“Sememangnya semua pelajar adalah cemerlang jika ia berjaya menjadi pelajar yang seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial (JERIS).

“Oleh itu, kecemerlangan bukan diukur dari aspek pencapaian A semata-mata tetapi juga kepada pembentukan sahsiah dan kemajuan pelajar yang beracuankan al-Quran dan Sunnah,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang meminta pihak sekolah serta guru supaya meraikan segala usaha yang dilakukan oleh murid yang menerima keputusan UPSR secara keseluruhannya, dan bukan memilih kategori cemerlang sahaja.

Keputusan UPSR yang diumumkan semalam telah disertakan pencapaian lengkap murid, sepanjang enam tahun dalam sesi persekolahan termasuk penilaian di dalam bilik darjah dan aktiviti kokurikulum.

 

The post UPSR: iGuru sokong pendirian kerajaan tak rai pelajar cemerlang sahaja appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian