ismakualaterengganu

Usrah Wanita Kota Bharu Dapat Sambutan

Kota Bharu, 14 Nov-Seramai 30 peserta dari daerah ini telah menghadiri usrah wanita yang membawa topik “Kangaroo Mother Care” dan “Cantik B...

Kota Bharu, 14 Nov-Seramai 30 peserta dari daerah ini telah menghadiri usrah wanita yang membawa topik “Kangaroo Mother Care” dan “Cantik Budi Suci Diri” di Pejabat Isma cawangan Kota Bharu.

Mutakhir ini, kelahiran bayi pramatang dilihat semakin meningkat. Risiko dari sudut kesihatan agak tinggi di kalangan bayi pramatang kerana bayi tersebut masih lemah. Slot 1 yang di kendalikan oleh Dr. Nik Shahrina Nik Ahmad Ariff selaku Timbalan Ketua Wanita Isma Kota Bharu, menerangkan cara-cara penjagaan bayi pramatang yang diberi nama “Kangaroo Mother Care”. “Kangaroo Mother Care” secara asasnya adalah salah satu teknik penjagaan bayi dari kulit ke kulit. Para hadirin didedahkan dengan contoh secara praktikal tentang teknik penjagaan bayi pramatang tersebut.

Dr. Nik Shahrina turut mengingatkan hadirin bahawa anugerah Allah ini adalah satu ujian dan cubaan. Sebagaimana yang difirmankan Allah dalam surah Al-Anfal ayat 28, ‘Dan ketahuilah bahawa hartamu, dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang besar’.


Slot 2 bertajuk “Cantik Budi Suci Diri” pula dikongsikan oleh Ustazah Rafiah Haji Ramli. Perkongsian yang menarik tentang adab kita sebagai tetamu atau penyambut tetamu dibincangkan dalam sesi ini. Antara isi kandungan sesi ini, Ustazah Rafiah menyarankan agar kita berlapang dada setiap masa sama ada dalam menerima tetamu mahupun menjadi tetamu. Kita juga perlu memahami situasi masing-masing untuk mengelakkan berlakunya salah faham.

Peserta yang hadir pada hari ini terdiri daripada pelbagai peringkat umur, golongan pelajar dan juga pekerja. Di akhir program ini, penyampaian cenderahati kepada peserta yang paling banyak menghadiri usrah wanita dan peserta yang paling awal tiba di tempat program turut diselitkan.

Majlis juga dimeriahkan dengan beberapa cabutan bertuah. Para peserta sempat bergambar bersama-sama para penceramah.

 

 

Hafizatul Aikah bt Sapie

Biro Komunikasi dan Multimedia Kota Bharu

Sumber

Related

TERKINI 4770600528824940724

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item