(VIDEO) ‘Sambutan 100 Tahun Deklarasi Balfour meraikan pencuri’

LONDON, 17 Safar 1439H, Isnin – Ribuan penunjuk perasaan berarak di tengah kota London hari ini mengutuk kerajaan Britain menyambut 100 tahun Deklarasi Balfour yang membenarkan Israel menduduki wilayah Palestin.

Penunjuk perasaan juga mengecam kerajaan Theresa May yang memberi sambutan baik kepada kehadiran Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bagi menyambut 100 tahun deklarasi itu.

Penunjuk perasaan menyahut seruan penganjur Palestinian Forum of Britain (PFB); the Palestinian Solidarity Campaign (PSC); Friends of Al-Aqsa (FOA); dan the Muslim Association of Britain (MAB), supaya menyertai perarakan mengutuk sambutan itu.

Pemimpin PFB, Hafez Al-Karni memuji keberanian orang ramai yang menyertai tunjuk perasaan itu dan mengecam keputusan Theresa menyambut 100 tahun deklarasi itu.

Penunjuk perasaan membawa pelbagai sepanduk mula bergerak dari Kedutaan Amerika Syarikat (AS) melalui laluan sibuk di kota London, melintasi Downing Street dan tamat di Dataran Parlimen.

Puluhan individu pro-Israel melakukan cubaan menganggu perarakan itu, tetapi dihalang dengan kehadiran ratusan anggota polis.

Penunjuk perasaan turut mendengar ucapan daripada beberapa pemimpin Palestin dan personaliti British di depan Kedutaan AS dan Dataran Parlimen. Ramai pemimpin kesatuan sekerja, ahli politik dan pemimpin masyarakat British, Yahudi, muslim dan Palestin turut serta.

Sambil menegaskan bahawa langkah menganjurkan sambutan 100 tahun Deklarasi Balfour sama dengan ‘meraikan jenayah mencuri’, Timbalan Pengerusi PFB, Zaher Birawi berkata, deklarasi itu kekal sebagai tidak sah.

Antara yang memberi ucapan, termasuk Pengerusi Inisiatif Kebangsaan Palestin, Mustafa Barghouti; Duta Palestin ke United Kingdom (UK); dan wakil belia Palestin di UK.

Pemimpin Parti Buruh Britain, Jeremy Corbyn, turut menyatakan sokongan kepada kumpulan penunjuk perasaan itu. – Agensi

The post (VIDEO) ‘Sambutan 100 Tahun Deklarasi Balfour meraikan pencuri’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian