WAFIQ cadang kerajaan pertimbang kembang Perkara 8 dalam semua sektor

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 28 Safar 1439H, Jumaat – Sudah tiba masanya Perkara 8 dalam Perlembagaan Persekutuan dikembangkan kepada semua sektor termasuk swasta, kata Presiden International Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ), Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar.

Beliau menyarankan kerajaan mempertimbangkan supaya Artikel 8 Perlembagaan boleh diguna pakai di sektor swasta dan tidak hanya terhad kepada kakitangan awam sahaja.

“Banyak dibincangkan mengenai Artikel 8 Perlembagaan, bahawa tiada diskriminasi atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan, yang hanya terpakai kepada penjawat awam sebagaimana pernah dibincangkan sebelum ini.

“Menggunakan Perlembagaan sudah cukup untuk pelabur asing yang datang negara ini supata sensitif terhadap keagamaan rakyat.

“Saya harap kerajaan mengkaji semula SOP perhotelan antarabangsa di negara ini. Juga mengkaji semula Artikel 8 supaya ia dikembangkan kepada semua sektor,” katanya dalam forum Sudut Pandang Larang Bertudung: Hak Asasi dan Diskriminasi Wanita Islam di sini, malam tadi.

Dr Rafidah berkata, galakan pelabur asing datang ke Malaysia membina hotel dan resort bertaraf lima bintang sepatutnya membuka peluang pekerjaan kepada anak bangsa.

Namun katanya, keadaan berbeza berlaku apabila pelabur asing ini masuk ke negara dan membawa peraturan mereka serta mendiskriminasi sebahagian rakyat Malaysia dengan standard operasi (SOP) atau polisi berkenaan.

“Kerajaan juga digesa mengemaskini atau mewujudkan mekanisme di mana pengadu yang didiskriminasi dengan polisi seperti ini boleh mengadu tanpa rasa takut dibuang kerja.

“Wujudkan mekanisme guaman yang tidak memerlukan perbelanjaan banyak di pihak wanita. Dan saya mengharapkan Majlis Raja-Raja untuk campur tangan terhadap isu ini,” katanya.

The post WAFIQ cadang kerajaan pertimbang kembang Perkara 8 dalam semua sektor appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian