Wanita berdepan penjara seumur hidup sokong Daesh

KUALA LUMPUR, 25 Safar 1439H, Selasa – Seorang jurutera sokongan teknikal di sebuah kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Deash menggunakan aplikasi media sosial.

Irma Julyanti Buang, 32, didakwa dengan pengetahuan telah memberi sokongan kepada kumpulan pengganas dengan cara menggunakan aplikasi media sosial, Google+ atas nama Celestica-Irma Julyanti Binti Buang miliknya di bilik kejuruteraan di Kilang Celestica (AMS), Jalan Seelong, Johor Bahru, Johor pada Januari 2016 hingga 20 April 2017.

Ibu kepada seorang anak itu didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat digunakan untuk melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Hakim, Datuk Mohd Sofian Abd Razak menetapkan 29 November untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fadzlan Mohd Noor manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -Bernama

The post Wanita berdepan penjara seumur hidup sokong Daesh appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian