Wanita Isma Kuantan dekati masyarakat melalui penganjuran sulung kejohanan badminton

Oleh Hazwani Liana Abbas

KUANTAN, 3 Nov. – Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Kuantan berjaya mendekati masyarakat dari dalam dan luar daerah Kuantan melalui penganjuran Kejohanan Badminton Wanita dan Karnival Kesihatan (KBWKK) 2017 yang julung-julung kalinya diadakan di sini baru-baru ini.

Menurut Hazwani Liana Abbas, Pengarah KBWKK, lebih 80 penyertaan telah diterima oleh pihak penganjur untuk menyertai kejohanan ini yang terdiri daripada pelbagai latar belakang baik di kalangan atlet kelab badminton kawasan mahupun veteran, remaja dan belia Institut Pengajian Tinggi (IPT) di sekitar Kuantan.

“Komitmen para peserta yang datang dari jauh seperti Gombak, Bentong dan beberapa daerah lain juga patut dipuji.

“Kita ucapkan berbanyak terima kasih atas usaha dan tenaga yang diberikan oleh para peserta dan ahli jawatankuasa bagi menyokong kejohanan badminton pada kali ini,” ujar beliau lagi.

Selain itu, menurut Dr Norbaiyah Mohamed Bakrim, Naib Ketua Wanita Isma Kuantan, program umum seperti kejohanan badminton ini meletakkan objektif yang sesuai dengan hasrat Wanita Isma iaitu untuk bersama masyarakat bagi menghubungkan silaturrahim dengan lebih meluas.

“Justeru, penglibatan daripada pelbagai pihak ini diharap dapat membina jaringan hubungan yang baru sesama pasukan dan juga pihak penganjur utama,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Ketua Wanita Isma Kuantan, Ustazah Norhayati Ahmad Salleh berharap program seperti ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan lebih-lebih lagi dalam suasana yang lebih syarie khusus untuk wanita serta tidak melibatkan percampuran antara jantina.

“Ucapan setinggi-tinggi penghargaan juga buat barisan ahli jawatankuasa kejohanan yang bertungkus-lumus bagi menjayakan program ini serta dapat menghadapi pelbagai cabaran ketika kejohanan dengan baik.

“Kerana ia merupakan pengalaman berharga dalam usaha mendekati masyarakat yang pastinya banyak perkara baru dapat dipelajari dan diteladani untuk panduan di masa hadapan,” kata beliau lagi.

Beliau juga turut mengharapkan semoga usaha murni seperti ini dapat diteruskan lagi dalam anjuran kejohanan badminton pada masa akan datang serta mendapat kerjasama yang lebih baik daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan badan sukan yang lain seperti kelab badminton daerah Kuantan sendiri.

Salah seorang peserta, Khairul Fazrini Moktar berasa amat gembira kerana dapat menyertai kejohanan ini dan berharap akan dapat turut serta lagi untuk program-program lain anjuran Wanita Isma Kuantan termasuk program-program keilmuan dan agama.

Antara tujuan lain kejohanan badminton ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya golongan wanita untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan selain melakukan aktiviti cergas lain di rumah.

Sesuai dengan objektif kempen yang dibawa oleh Wanita Isma iaitu Kempen Gaya Hidup Sihat, beberapa aktiviti lain juga telah dijalankan seperti senamrobik fisio dan pemeriksaan kesihatan di bawah kelolaan Pertubuhan Ikatan Pengamal Perubatan dan Sains Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) Pahang.

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian