Wisma Putra nasihat rakyat Malaysia tangguh perjalanan ke Bali

Bangunan Wisma Putra di Putrajaya

BANGI, 8 Rabiulawal 1439H, Isnin – Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besarnya di Jakarta sedang memantau insiden Gunung Agung yang meletus secara berterusan sejak Selasa lalu.

Kementerian itu dalam satu kenyataan memaklumkan, letusan yang melanda di sekitar kawasan Kabupaten Karangasem telah menyebabkan beberapa penerbangan dari dan ke Bali dibatalkan, termasuk penutupan sementara Lapangan Terbang Gusti Ngurah Rai.

Sehubungan itu, Wisma Putra menyarankan supaya rakyat Malaysia menangguhkan perjalanan ke Bali sekiranya tiada keperluan mendesak.

Menurut kenyataan itu, warganegara yang terjejas akibat bencana tersebut diminta untuk melapor diri dengan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Warganegara Malaysia yang memerlukan bantuan konsular adalah dinasihatkan untuk menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta atau Konsul Kehormat Malaysia di Bali menerusi alamat Kav. X/6, No. 1-3, Kuningan
12950 Jakarta Selatan.

Pihak kedutaan juga boleh dihubungi menerusi talian +62 215 224 947 dan +62 813 808 130 36 (selepas waktu pejabat), atau melalui email mwjakarta@kln.gov.my.

The post Wisma Putra nasihat rakyat Malaysia tangguh perjalanan ke Bali appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian