12 kematian membabitkan pemandu, penumpang bas

KUALA LUMPUR, 23 Rabiulawal 1439H, Selasa – Sejumlah 12 kematian melibatkan pemandu dan penumpang bas bagi tempoh Januari hingga September tahun ini direkodkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia Bukit Aman (PDRM), Dewan Negara diberitahu hari ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, PDRM juga merekodkan 144 kematian melibatkan pemandu dan kelindan lori bagi tempoh yang sama tahun ini.

“Bagi kesalahan yang mengakibatkan kemalangan, pemandu terbabit boleh disabitkan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 41,42 atau 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 mengikut mana-mana yang sesuai selepas siasatan dilakukan PDRM,” katanya menjawab soalan Senator Sopiah Sharif mengenai jumlah kematian melibatkan kenderaan berat termasuk bas serta denda yang dikenakan.

Liow berkata, antara langkah diambil bagi memastikan keselamatan di jalan raya terutamanya bas awam adalah dengan mengadakan aktiviti penguatkuasaan termasuk pemeriksaan secara rawak di terminal bas bagi memastikan bas berada dalam keadaan selamat.

Langkah lain termasuk melakukan sekatan jalan raya dan penyamaran anggota penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai penumpang bas pada musim perayaan untuk menahan pemandu bas yang menghisap rokok, mengguna telefon bimbit ketika memandu serta memandu pada kelajuan yang tinggi, katanya.- Bernama

The post 12 kematian membabitkan pemandu, penumpang bas appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian