12 terbunuh apartmen terbakar
NEW YORK, 11 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Sekurang-kurangnya 12 orang, termasuk seorang kanak-kanak maut, manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah apartmen di Bronx, New York, terbakat semalam.
“Ini adalah jumlah kehilangan nyawa paling ramai dalam satu kebakaran. Ia adalah tragedi terburuk membabitkan kebakaran di bandar raya ini,” kata Datuk Bandar, Bill de Blasio.
Kebakaran bermula kira-kira jam 7 malam semalam di tingkat pertama dan merebak dengan pantas ke tingkat tiga apartmen Prospect Avenue. Punca kebakaran masih belum diketahui.
“Saya sedih mengumumkan 12 warga New York terbunuh, termasuk bayi berusia setahun. Terdapat empat penghuni yang cedera parah,” katanya kepada pemberita ketika melawat tempat kebakaran.
Media melaporkan, dua yang disahkan meninggal dunia ditemui dalam tab mandi yang penuh dengan air, di mana mereka dikatakan cuba menyelamatkan diri.
Anggota bomba dan penyelamat berjaya menyelamatkan kira-kira 12 penghuni, tetapi operasi menyelamat masih diteruskan.
De Balsio berkata, mereka yang terbunuh berusia setahun hingga 50 tahun. – Agensi
The post 12 terbunuh apartmen terbakar appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan