1MDB jual tanah kepada China bayar hutang IPIC, lapor akhbar

BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Syarikat sarat hutang milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didakwa menjual dua hartanahnya kepada China bagi melunaskan bayaran penuh keseluruhan hutang dengan International Petroleum Investment Co (IPIC), lapor akhbar Straits Times Singapura.

Menurut laporan yang memetik sumbernya berkata, 1MDB telah membayar sejumlah AS$600 juta menerusi dana yang diperoleh daripada penjualan dua hartanahnya di Pulau Pinang dan sekitar Pelabuhan Klang.

Dua hartanah yang didakwa dijual 1MDB adalah di Air Itam, Pulau Pinang seluas 234 ekar dan 310 hektar di Pulau Indah di Zon Bebas Pelabuhan Klang yang diperolehi pada 2014.

Akhbar itu berkata, pegawai kerajaan Malaysia menolak untuk menamakan pembeli dalam urus niaga tersebut, namun seorang eksekutif kewangan yang rapat dalam isu itu mendakwa, kepentingan ekuiti dalam entiti hartanah 1MDB telah diperoleh syarikat milik negara China.

Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Malah, 1MDB juga dilaporkan enggan memberi respon berkaitan dakwaan tersebut.

Sebelum ini, Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda memaklumkan bahawa syarikat pelaburan strategik itu berhasrat untuk menjana wang daripada tanah di Air Itam dan Pulau Indah melalui usahasama dan jualan langsung.

Perkara itu telah disahkan dalam pelan rasionalisasi yang dibentangkan kepada Kabinet pada 29 Mei 2015.

The post 1MDB jual tanah kepada China bayar hutang IPIC, lapor akhbar appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian