ismakualaterengganu

2 lagi pemuda Palestin terbunuh dalam tunjuk perasaan selepas solat Jumaat

BAITULMAQDIS, 4 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Dua lagi rakyat Palestin terbunuh, menjadikan 10 orang, tatkala kumpulan pemuda bertempur dengan...

BAITULMAQDIS, 4 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Dua lagi rakyat Palestin terbunuh, menjadikan 10 orang, tatkala kumpulan pemuda bertempur dengan askar Zionis di sempadan Gaza, semalam – tunjuk perasaan terbaharu menentang langkah Amerika Syarikat (AS) mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, Zakaria al-Kafarneh, 24 tahun, terbunuh selepas ditembak menggunakan peluru hidup yang mengenai dadanya di Jabalia, utara Gaza.

Nama, mangsa kedua bagaimanapun tidak diketahui.

Sementara itu, 11 rakyat Palestin dilaporkan cedera ketika tunjuk perasaan di Tebing Barat, termasuk tiga yang cedera terkena tembakan peluru getah.

Dianggarkan, 1,700 warga Palestin mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan di Tebing Barat, membaling bom petrol dan batu ke arah askar rejim Israel, manakala 2,000 lagi mengambil bahagian dalam protes di sempadan Gaza.

Sejak kebangkitan berikutan pengumuman Presiden AS, Donald Trump yang mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, 10 rakyat Palestin terbunuh – lapan maut ketika pergaduhan tatkala tunjuk perasaan, dan dua lagi terbunuh dalam serangan udara pesawat rejim Zionis.

Terbaharu, ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Tebing Barat dan Gaza selepas solat Jumaat, semalam. – Agensi

The post 2 lagi pemuda Palestin terbunuh dalam tunjuk perasaan selepas solat Jumaat appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 1193179185683754029

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item