ismakualaterengganu

23 maut gempa bumi di Kerman, Iran

TEHRAN, 3 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Sekurang-kurangnya 23 orang telah disahkan maut dalam kejadian gempa bumi yang melanda tenggara wilay...

TEHRAN, 3 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Sekurang-kurangnya 23 orang telah disahkan maut dalam kejadian gempa bumi yang melanda tenggara wilayah Kerman di Iran.

Menurut sumber, beberapa pasukan penyelamat telah dikerah ke lokasi kejadian iaitu di bandar Kouhbanan.

Sementara itu, agensi berita ILNA melaporkan, kebanyakan penduduk Kouhbanan lari meninggalkan kediaman masing-masing sejurus berlakunya tujuh gempa susulan yang menyebabkan bekalan elektrik terputus dan banyak rumah telah musnah.

Ketua Polis Kouhbanan, Mohsen Seifouri berkata, pada masa ini pihaknya belum dapat mengenal pasti jumlah sebenar mangsa yang terkorban dan cedera.

Sebelum ini, gempa bumi berukuran 5.2 telah melanda Tehran yang menyebabkan dua maut dan 117 lagi cedera parah. – Agensi

The post 23 maut gempa bumi di Kerman, Iran appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 1454202930968121930

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item