25 orang awam terbunuh serangan udara di Syria

HAMMURIYEH, 15 Rabiulawal 1439H, Isnin – Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dan berpuluh lagi cedera dalam satu serangan udara di sebuah kawasan yang dikuasai pemberontak di timur Ghouta berhampiran Damsyik semalam.

Pasukan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) yang berpangkalan di Britain, melaporkan bahawa 17 orang awam dan enam kanak-kanak yang disahkan maut dalam serangan di Hammuriyeh.

Sementara itu, turut terjadi beberapa serangan lain di bandar Arbeen, Beit Sawa, Harasta dan Misraba menyebabkan lapan orang awam lagi yang terkorban.

Menurut SOHR, sekurang-kurangnya 75 orang awam dalam keadaan cedera parah dan tidak menolak kemungkinan jumlah kematian akibat serangan udara itu dijangka semakin meningkat ekoran kecederaan parah yang dialami mangsa berkenaan.


Difahamkan, menurut laporan SOHR dalam tempoh tiga minggu jumlah mangsa yang terkorban akibat serangan di timur Ghouta kini sudah mencecah 191 orang termasuk 43 orang kanak-kanak.

Ketika ini, lebih 340,000 mangsa dilaporkan terkorban di Syria sejak konflik melanda negara itu sejak Mac 2011. – Agensi

The post 25 orang awam terbunuh serangan udara di Syria appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian