3 penjenayah aktif samun pelanggan bank ditembak mati

KUALA LUMPUR, 11 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Polis menembak mati tiga penjenayah yang disyaki aktif menyamun pelanggan bank di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan, dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Sungai Tua, Hulu Yam Bharu, Batu Caves dekat sini, semalam.

Semua suspek berusia linkungan 30 hingga 40-an berkenaan yang menaiki kereta Suzuki Swift berwarna putih pada mulanya dikesan polis di Bandar Baru Selayang kira-kira jam 6 petang, sebelum mereka memecut melarikan diri, tetapi berjaya dipintas polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian malam tadi berkata, penjenayah bagaimanapun enggan menyerah diri apabila diminta berbuat demikian, sebaliknya bertindak melepaskan satu das tembakan.

“Anggota kita terpaksa membalas tembakan yang mengenai semua suspek dan mereka mati di lokasi kejadian,” katanya.

Fadzil berkata, pemeriksaan ke atas kereta suspek membawa kepada penemuan sepucuk pistol, empat peluru, dua bilah parang serta barangan peribadi mereka.

“Identiti suspek sama ada warga tempatan atau warga asing sedang dikenal pasti,” katanya menambah bahawa mayat mereka telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Dalam perkembangan sama, Fadzil berkata sebanyak 86 kes samun pelanggan bank dengan anggaran kerugian RM8 juta direkodkan di Selangor sepanjang tahun ini.

“Polis memandang serius kegiatan samun terhadap mangsa yang baru keluar dari bank dan meminta orang ramai untuk lebih berhati-hati,” katanya. – Bernama

The post 3 penjenayah aktif samun pelanggan bank ditembak mati appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian