ismakualaterengganu

374 kes penipuan telefon dipercayai Macau Scam direkodkan di Johor

JOHOR BAHRU, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Sebanyak 374 kes penipuan menerusi panggilan telefon dipercayai “Macau Scam” dilaporkan di neger...

JOHOR BAHRU, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Sebanyak 374 kes penipuan menerusi panggilan telefon dipercayai “Macau Scam” dilaporkan di negeri Johor sepanjang tahun ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata kertas siasatan yang dibuka membabitkan penipuan mengenai pinjaman tidak wujud itu dan pihaknya telah menahan 71 individu bagi membantu siasatan.

Katanya, sebanyak 589 kes penipuan pembelian dalam talian juga dicatatkan bagi tempoh sama.

“Saya ingin nasihatkan masyarakat supaya lebih berhati-hati terutama golongan wanita agar tidak mudah terpedaya dengan taktik penjenayah ini,” kata beliau kepada pemberita selepas Majlis Persaraan Dan Bakal Pesara Kontinjen Johor 2017 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

Pelbagai bentuk penipuan dilakukan bagi memperdaya mangsa, antaranya menyamar sebagai anggota polis dengan menggunakan talian komunikasi polis yang mengugut mempunyai waran tangkap bagi menakutkan mangsa,” kata beliau.

Menurut beliau, orang awam perlulah mengetahui bahawa mekanisme Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak begitu apabila melibatkan waran tangkap.

“Kita akan membuat tangkapan (sekiranya ada waran tangkap). Bukan kita telefon beritahu. Nampak tak ini permainannya?” kata Mohd Khalil.

Pada majlis itu, 102 pesara dan bakal pesara dirai dalam majlis bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka yang telah berkhidmat dalam PDRM.- Bernama

The post 374 kes penipuan telefon dipercayai Macau Scam direkodkan di Johor appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 485429189323533082

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item