ismakualaterengganu

60 militan Syiah Houthi maut serangan 48 jam Arab Saudi

SANAA (YAMAN), 7 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Lebih 60 militan Syiah Houthi terbunuh dalam serangan udara dan darat pakatan tentera negara d...

SANAA (YAMAN), 7 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Lebih 60 militan Syiah Houthi terbunuh dalam serangan udara dan darat pakatan tentera negara diketuai Arab Saudi dan kumpulan pejuang tempatan di utara Pelabuhan Hudaida dan di pinggir Sanaa, semalam.

Bagaimanapun, kumpulan militan mendakwa serangan itu menyebabkan sekurang-kurangnya 71 orang awam terbunuh, dan puluhan lagi cedera.

Tentera pakatan Arab Saudi melakukan serangan udara pada waktu malam di Hais, utara Pelabuhan Hudaida menyebabkan 18 anggota militan yang disokong Syiah Iran terbunuh, manakala 35 lagi maut dalam serangan di Tahita, kata pegawai keselamatan.

Di pinggir Sanaa, kumpulan militan Syiah Houthi mendakwa serangan udara itu menyebabkan satu keluarga terdiri daripada wanita dan kanak-kanak terbunuh.

Tentera pakatan disokong pejuang tempatan dilaporkan sudah mengawal kawasan pantai Laut Merah. Hudaida adalah bandar pelabuhan kedua terbesar di Yaman, yang menjadi pintu masuk utama bantuan kemanusiaan.

Pakatan tentera diketuai Arab Saudi menjalankan kempen serangan ke atas militan Syiah Houthi yang menguasai Sanaa dan kebanyakan kawasan utara Yaman sejak Mac 2015 dalam usaha mengembalikan Abd Rabbun Hadi yang diiktiraf sebagai Presiden Yaman.

Serangan udara tentera pakatan juga dipertingkatkan sejak 19 Disember lalu, apabila pertahanan udara Arab Saudi memintas dan memusnahkan peluru berpandu Houthi yang menyasarkan Riyadh. – Agensi

The post 60 militan Syiah Houthi maut serangan 48 jam Arab Saudi appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 2618453536578804709

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item