ismakualaterengganu

7-Eleven: Sultan Johor pemegang saham individu kedua terbesar

KUALA LUMPUR, 17 Rabiulawal 1439H, Rabu – 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd mengumumkan hari ini bahawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Is...

KUALA LUMPUR, 17 Rabiulawal 1439H, Rabu – 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd mengumumkan hari ini bahawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, meningkatkan lagi pegangannya dalam syarikat itu kepada 15.52 peratus mewakili sejumlah 172.37 juta saham daripada 8.44 peratus yang dipegang pada Ogos 2017.

Sultan Ibrahim kekal sebagai pemegang saham individu kedua terbesar.

Pemegang saham terbesar 7-Eleven Malaysia, Tan Sri Vincent Tan, berkata beliau amat gembira Sultan Ibrahim terus meningkatkan pegangan dalam 7-Eleven Malaysia, menurut syarikat itu dalam kenyataan hari ini.

“Ini mencerminkan keyakinan berterusan Sultan Ibrahim terhadap keupayaan, prestasi dan potensi perniagaan 7-Eleven Malaysia.

“7-Eleven Malaysia mencatatkan pendapatan belum diaudit sebanyak RM1.64 bilion dengan keuntungan sebelum cukai RM43.94 juta bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept, 2017,” katanya. – Bernama

The post 7-Eleven: Sultan Johor pemegang saham individu kedua terbesar appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 1978142741541403175

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item