ismakualaterengganu

842 premis beroperasi secara haram di bawah pentadbiran DAP

PULAU PINANG, 16 Rabiulawal 1439H, Selasa – Sebanyak 842 premis yang tidak berlesen di bawah pentadbiran DAP, dilaporkan masih giat beroper...

PULAU PINANG, 16 Rabiulawal 1439H, Selasa – Sebanyak 842 premis yang tidak berlesen di bawah pentadbiran DAP, dilaporkan masih giat beroperasi di seluruh negeri itu.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid berkata, berdasarkan jawapan Chow Kon Yeow (DAP-Padang Kota), premis yang tidak berlesen itu beroperasi di kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sebanyak 97 premis, dan 745 premis lagi di kawasan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Beliau turut mendedahkan, sebanyak 121 daripada jumlah keseluruhan 1,279 pusat hiburan keluarga, karaoke, snooker dan rumah urut di negeri itu pula beroperasi tanpa persetujuan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).


“Kita tahu ada serbuan dibuat tetapi kerajaan negeri dipercayai tidak memperhalusi pengeluaran lesen baharu selain tidak mengenakan tindakan ke atas premis yang beroperasi secara haram,” katanya seperti dilapor Utaranews.

Difahamkan, keseluruhan 1,279 premis haram berkenaan beroperasi di dua kawasan iaitu 644 premis di kawasan MBPP manakala 635 lagi di kawasan MPSP yang telah mendapat kelulusan daripada kedua-dua majlis pembandaran berkenaan.

The post 842 premis beroperasi secara haram di bawah pentadbiran DAP appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 397716435143685344

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item