Abbas tolak rancangan damai AS, gesa Perancis, Eropah main peranan
PARIS, 3 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mendesak Perancis dan Eropah untuk memainkan peranan yang lebih kuat dalam usaha damai Palestin-Israel.
Abbas dilaporkan bertemu Presiden Perancis, Emmanuel Macron di Paris sehari selepas resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) yang mengecam keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Beliau turut menegaskan tidak akan menerima lagi rancangan AS untuk sebarang rancangan proses damai kerana tindakan Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Abbas berkata, AS tidak lagi menjadi pengantara yang jujur dalam proses damai Palestin-Israel.
“Kami tidak akan menerima apa-apa perancangan dari Amerika Syarikat kerana kecenderungannya kepada Israel dan melanggar undang-undang antarabangsa,” katanya.
Abbas juga mengutuk ancaman AS untuk mengurangkan bantuan kewangan bagi negara-negara yang mengundi untuk menyokong resolusi PBB.
Sementara itu, Macron telah mengesahkan penolakannya terhadap keputusan Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Beberapa pemimpin negara telah mengulangi sokongan untuk mewujudkan negara Palestin yang merdeka bersama Israel. – Agensi
The post Abbas tolak rancangan damai AS, gesa Perancis, Eropah main peranan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan