ADUN Lepar meninggal dunia pagi ini

KUANTAN, 12 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar Datuk Mohd Shohaimi Jusoh, 55, meninggal dunia di rumahnya di Sungai Isap Damai, di sini, awal pagi ini.

Anggota Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail berkata, beliau dimaklumkan berita itu oleh pegawai arwah kira-kira 3.55 pagi dan amat terkejut kerana mereka baharu berjumpa pada Jumaat lepas.

Katanya, mereka bersama menghadiri program sumbangan Jom ke Sekolah oleh Yayasan Felda peringkat Parlimen Paya Besar dan arwah tidak kelihatan sakit walaupun demam beberapa hari sebelumnya.

“Saya bertanya jika arwah sudah sihat dan beliau menjawab demamnya sudah kebah. Saya hanya tahu arwah ada penyakit kencing manis.

“Malam semalam juga ada kawan-kawan telefon beritahu arwah mengajak sesi mengeteh di warung berhampiran rumahnya, yang merupakan kebiasaan arwah pada waktu malam.

“Bagaimanapun tiba-tiba arwah batalkan hasrat itu dan beritahu tak apa, kita jumpa malam lain,” katanya semasa dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Abdul Manan berkata, jenazah akan dibawa ke Masjid Sungai Isap pada 11 pagi ini untuk dimandi dan dikafankan sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Fajar, Gambang di sini sebelum zolat Zohor.- Bernama

The post ADUN Lepar meninggal dunia pagi ini appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian