ismakualaterengganu

Aerotrain KLIA: Satu tren kini beroperasi

PUTRAJAYA, 6 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) menyambung operasinya pada 11.22 ...

PUTRAJAYA, 6 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) menyambung operasinya pada 11.22 pagi tadi menggunakan satu daripada trennya, kata operator Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

“Kami juga menyediakan 17 buah bas dan tiga van bagi mengangkut penumpang di antara terminal utama dan bangunan satelit bagi memastikan kelancaran perjalanan penumpang,” katanya dalam kenyataan di sini.

MAHB berkata, pasukan kejuruteraan mereka masih mengusahakan kerja-kerja penyenggaraan pada satu lagi tren.

Terdahulu, MAHB melaporkan perkhidmatan aerotrainnya tergendala hari ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyenggaraan luar jadual susulan pengendalian penumpang dalam kapasiti tinggi.

Dalam pada itu, syarikat tersebut menasihati penumpang agar datang lebih awal memandangkan lapangan terbang berkenaan dijangka mengendalikan lebih 90,000 penumpang setiap hari pada musim cuti puncak ini.

“Kami hargai kesabaran anda dan kami mengucapkan selamat bercuti,” kata MAHB.- Bernama

The post Aerotrain KLIA: Satu tren kini beroperasi appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 3408991400669878805

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item