Agenda Bumiputera tak menganaktiri kaum lain: MTEM

BANGI, 30 Rabiulawal 1439H Selasa – Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menegaskan bahawa agenda Bumiputera yang dilaksana di negara ini tidak pernah menganaktirikan kaum-kaum lain.

Menyangkal dakwaan orang paling kaya di Malaysia, Robert Kuok, Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Ahmad Yazid Othman berkata, agenda Bumiputera berperanan mengatasi ketidakseimbangan ekonomi berasaskan perkauman yang ditinggal penjajah.

“Agenda Bumiputera bukanlah satu agenda yang menganaktirikan kaum lain seperti mana yang didakwa oleh seorang tokoh perniagaan yang kini bermastautin di Hong Kong (Robert Kuok).

“Tetapi ia merupakan sebuah polisi untuk mengatasi masalah ketidakseimbangan ekonomi yang berasaskan perkauman hasil daripada lebih 100 tahun penjajahan,” katanya seperti dilapor portal media tempatan.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Robert Kuok yang merakamkan pengalamannya dalam buku Robert Kuok: A Memoir.

Beliau menceritakan bagaimana dasar ekonomi memberi ruang dan peluang kepada orang Melayu telah disalahgunakan secara salah, dan kesalahan itu tidak boleh dipertikaikan.

Kuok dalam memoirnya merujuk kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) untuk membetulkan ketidakseimbangan sosial ekonomi yang wujud di Malaysia di antara kaum-kaum, di antara wilayah-wilayah dan di antara kawasan di wilayah yang sama.

Yazid berkata, apa yang diutarakan Kuok amat mengecewakan kerana dilihat cuba menafikan sumbangan pihak-pihak lain yang membantu mereka menjana kekayaan yang besar sehingga sekarang.

“Jadi untuk mengatakan kebolehan mereka membina ekonomi adalah kerana kaum sesuatu yang agak mengecewakan,” katanya.

The post Agenda Bumiputera tak menganaktiri kaum lain: MTEM appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian