Aman Palestin anjur program 1 Juta Untuk Aqsa


Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 28 Rabiulawal 1439H, Ahad – Program 1 Juta Untuk Aqsa anjuran Aman Palestin Berhad membawa harapan besar untuk memberi kesedaran kepada umat Islam di Malaysia mengenai kepentingan membebaskan Masjid Al-Aqsa.

Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad, Ustaz Awang Suffian Awang Piut berkata, selagi masjid suci umat Islam itu tidak dibebaskan, selagi itu amanah ini diteruskan.

“Apa yang diusahakan hari ini bukan untuk diri sendiri tetapi kita membuka jalan, kalau bukan generasi kita, kita harapkan mungkin anak cucu kita yang dapat membawa perjuangan kita dan meneruskan cita cita untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa.

“Kita mengetahui dan kita cukup-cukup tahu isu Al-Aqsa bukan isu bermusim, bukan hanya isu orang arab di sekitar Aqsa. Ini isu setiap Muslim isu yang akan dipersoalkan oleh Allah. Apa yang kita lakukan apa yang kita cuba susun. Kita cuba bagi kesedaran kepada umat Islam,” katanya pada Majlis Hi-Tea 1 Juta Untuk Al-Aqsa bersama Pengerusi Jawatankuasa Baitulmaqdis Kesatuan Ulama Dunia, Dr Muraweh Mousa Nasser Nasar, yang bertempat di Hotel Tenera, Bangi.

Majlis Hi-Tea ini antara salah satu program sempena Jelajah 1 Juta Untuk Al-Aqsa yang berlangsung 15 Disember sehingga 28 Disember 2017.

Mengikut perancangan asal, Mantan Mufti dan Imam Masjid Al-Aqsa, Dr Ekrimah Sa’id Sabri yang dijadualkan untuk menghadiri jelajah ini.

Namun, Ustaz Awang berkata, dua hari sebelum Dr Ekrimah terlibat kecelakaan dan keadaannya tidak mengizinkan untuk beliau terbang ke Malaysia.

Keadaan di Masjid Al-Aqsa juga bertambah runcing dan sukar untuk beliau keluar darinya.

“Alhamdulillah kita ada Syeikh Muraweh Musa Nassar, beliau juga pakar di dalam Baitulmaqdis. Syeikh Muraweh merupakan salah seorang tokoh ulama’ tersohor yang bertugas dalam memperkasakan umat Islam di Baitulmaqdis khususnya dalam bidang keilmuan.

“Terkini, beliau terlibat secara langsung di peringkat antarabangsa dalam Persatuan Ulama’ Antarabangsa yang banyak membicarakan mengenai hukum hakam, fatwa dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Islam secara keseluruhannya,” katanya.

Jelajah 1 Juta Untuk Aqsa selama dua minggu ini akan dijalankan di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang.

Antara program-program yang akan dilaksanakan di bawah roadshow ini adalah ceramah perdana, sidang media, temu ramah bersama stesen televisyen dan radio serta acara terbesar yang akan dilaksanakan adalah Konvensyen Aqsa Solidariti Ummah.

The post Aman Palestin anjur program 1 Juta Untuk Aqsa appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian