ismakualaterengganu

Amaran angin kencang di timur laut negara

  KUALA LUMPUR, 15 Rabiulawal 1439H, Ahad – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelor...

 

KUALA LUMPUR, 15 Rabiulawal 1439H, Ahad – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di beberapa perairan di timur laut negara, hari ini hingga esok.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman web METMalaysia hari ini, dilaporkan angin kencang akan mencecah kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (kmsj) dan ombak mencapai ketinggian 3.5 sehingga 4.5 meter.

Kawasan yang dijangka akan terbabit adalah perairan Tioman, Bunguran, Reef South, Labuan, Palawan, Condore, Reef North dan Layang-Layang.

Selain itu, METMalaysia juga memberi amaran ribut petir menyeluruh berlaku di perairan Samui, dijangka berterusan sehingga awal petang ini.

The post Amaran angin kencang di timur laut negara appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 5513275507834996817

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item