Amaran hujan lebat di enam negeri termasuk Putrajaya

BANGI, 12 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang dijangka melanda enam negeri termasuk Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang ini memaklumkan keadaan cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga jam 4 petang.


Ia membabitkan Selangor (Kuala Langat, Sepang dan Hulu Langat), Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

Turut terjejas beberapa daerah di Johor termasuklah Segamat, Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai dan Pontian.

Di Pahang, keadaan sama dijangka melanda daerah Bentong dan Bera.

The post Amaran hujan lebat di enam negeri termasuk Putrajaya appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?